Hi kawan-kawan. Disini Umi ingin berkongsi contoh penulisan RPH matapelajaran PSK Tahun 4. Umi berharap ianya dapat dijadikan panduan kepada kawan-kawan yang mengajar PSK nanti kerana Umi tahu kadang-kala kita merasakan bagaimana cara yang baik untuk kita mengajar PSK agar lebih menarik. Sebenarnya banyak aktiviti pembelajaran aktif dan koperatif dapat dilaksanakan dalam RPH PSK. Sebagai contoh:
Tahun : 4 Inovatif
Masa : 1 jam
Tema : 5. Malaysia Negaraku
Tajuk : 5B - Berbangga dengan Identiti Negara - jalur Gemilang
Hasil Pembelajaran : Diakhir pelajaran, murid dapat:
1- mengenalpasti identiti negara
2- menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara
3- berbangga dengan identiti negara
Aktiviti : 1- Guru meminta murid mencantum puzzle - Jalur Gemilang dan
bersoaljawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid
dengan tajuk pelajaran.
2- Guru memasang lagu "Jalur Gemilang" dan meminta murid
mendengar dengan telili. Guru menerangkan maksud dan
lambang yang terdapat pada Jalur Gemilang dan mencungkil
pengetahuan sedia ada serta menjana idea melalui jawapan
murid
3- Aktiviti murid - Permainan Roda Pusing.Guru menyediakan
lambang dan warna pada mounting board yang dipotong bulat.
Guru meminta murid memutar serta menjawab berdasarkan
gambar tersebut berhenti.
4- Penilaian - Guru memberi lembaran kerja. Guru memerhati
dan membantu murid yang lemah menjawab soalan. Guru meminta
murid bertukar lembaran kerja dengan kawan. Guru bersoal
jawab dengan murid jawapan yang betul dan salah.
Penutup : Guru memasang lagu Jalur Gemilang dan meminta murid menyanyi
bersama-sama. Guru merumuskan isi pelajaran serta meminta
murid mengulangkajinya di rumah.
Impak : 30 orang murid menguasai pelajaran dan 5 orang lagi di beri
pemulihan semasa aktiviti murid dijalankan.
No comments:
Post a Comment