wah... lama juga umi tak updated blog ni..bukan sebab lec dah bagi markah cuma agak bz dengan tugas-tugas hakiki sepanjang cuti sem 2 yang lalu. Sem 3 telah pun bermula..hmm..nafas kena tarik panjang-panjang dan kena mula pandai agih dan bahagikan masa.. harapan di sem 3 ni biarlah semua berjalan lancar walaupun exam sedikit menurun tapi itu tidak melemahkan semangat untuk terus berusaha ke arah yang terbaik walaupun kita manusia hanya mampu merancang namun tuhan yang merencanakan segala-galanya.
Kepada semua kawan, marilah kita teruskan perjuangan menjawab forum, menyiapkan kerja kursus dan menghadiri kuliah yang diwajibkan kepada kita. Hmmm umi kena fikir dimana nak letak anak yang seorang tu bila kuliah hari ahad nanti..abang dan kakak di asrama..hari tu juga ada yang nak balik ke asrama..takper lah...macam mana pun kita kena cuma aturkan semuanya sebaik mungkin kan agar yang di kejar tak cicir dan yang dikendung tak berteraburan.. wallahualam
Good Luck graphics comment
No comments:
Post a Comment